Waqaf (Donation)

Dipetik dari http://www.maik.gov.my/Info%20Wakaf.htm

DEFINISI WAKAF :

DONATION DEFINITION:

Wakaf dari segi bahasa : tahan atau berhenti

Donation from language perspective: controlling or stopping

Wakaf dari segi istilah : menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.

Donation from terminology perspective: controlling one’s property which is clean and permissible for good use and for to receive benefits from it.

Wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripada zatnya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau “hibah” pada zat benda yang diwakafkan itu.

Donation is controlling one’s property so benefits can be given for charity purposes, with the intention to getting closer to Allah s.w.t and not to be made as business transactions on the essence of the donation.

HUKUM WAKAF

LAW ON DONATION

Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis.

The law on donation is PERMITTED in Islamic law and it is an encouraged deed based on AlQuran and hadith.

DALIL AL-QURAN

ALQURAN PROOF

Firman Allah S.W.T dalam surah ali-imran ayat 92:

Allah s.w.t decree in Surah Ali-Imran  v.92:

Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi.  Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Translate: By no means shall ye attain righteousness unless ye give (freely) of that which ye love; and whatever ye give, of a truth Allah knoweth it well.

DALIL HADIS

HADITH PROOF

1) Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

1) Hadith as related from Abu Hurairah:

Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Translation: When a person dies all his or her good deeds stopped except for three matters: donation, beneficial knowledge that he/she teaches and his/her pious child that prays for him/her

2) Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, “wahai Rasullullah.  Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?” Rasullullah S.A.W menjawab, “Bila kamu mahu, sedekahkanlah.”  Lalu Umar menyedekahkan tanah itu dengan syarat tidak boleh dijual, dihibahkan dan diwariskan.  Tanah itu harus digunakan untuk digunakan kaum miskin, karib kerabat, para hamba sahaya, orang-orang lemah, dan ibnu sabil.  Pengelola tanah mengikut sekadarnya”

2) As told by Ibnu Umar that Umar receive a part of land in Khaibar. He ask,” O prophet of Allah. I have received a land in Khaibar even though I’ve never received anything more valuable that it before. What is the best thing I should do?’ The Prophet of Allah answer, When you have need for it, donate.” So Umar donate the land on the condition that it cannot be sold, ‘hibah’ or inherited. The land will be permitted to be used by the poor, relatives, the slaves, the weak and ones on holy path.

(Hadis Riwayat Jamaah)

(Jamaah Narration Hadith)

RUKUN WAKAF

1)Orang yang mewakafkan.

2) Pihak yang menerima wakaf

3) Benda yang diwakafkan.

“Sighah” iaitu ijab dan qabul.

PRINCIPLE OF DONATION

1.) The person that donates

2) The party receiving the donation

3) The object that are being donated

“Sighah” means contract process

SYARAT ORANG YANG MEWAKAFKAN

Pewakaf adalah :

1. Beragama Islam

2. Cukup umur (akil baligh)

3. Waras (sempurna akal fikiran)

4. Ahli tasarruf / tabaruk

5. Pilihan sendiri (ikhtiari)

6. Merdeka

RULES ON THE DONATER

Donater must be:

1. Muslim

2. Come of age

3. Sane

4. Members of tassaruf/tabaruk

5. Own choice

6. Free/Independent

SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN

1. Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya.

2. Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu.

3. Harta yang diwakafkan itu memberi faedah yang berpanjangan.

4. Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

5. Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah.

6. Milik sempurna orang yang memberi wakaf.

RULES ON THE PROPERTY TO BE DONATED

1. Property must be an object that can be benefitted

2. Property must be donated to an already established receiver

3. Donated property will have a long-lasting benefits

4. Donated on good intention and not wrong on syariah principles

5. Donated property to be defined on it’s type, shape, location, size and value

6. Fully owned by the donater

SYARAT-SYARAT LAFAZ WAKAF

1. Hendaklah dilafazkan bagi orang yang bertutur.

2. Hendaklah diganti dengan tulisan atau isyarat bagi orang yang tidak boleh bertutur.

3. Lafaz wakaf mestilah difahami oleh penerima wakaf atau saksi.

4. Lafaz wakaf mestilah jelas dari segi jenis wakaf, luas, tempat, bentuk dan jumlah.

RULES ON DONATION CONTRACT PRONOUNCIATION

1. To be pronounced by a spoken person (not mute)

2. To be replaced by writing or signal if done by a mute

3. Donation pronouncement must be understandable by both donation receiver or witness

4. Donation pronouncement must be clear on the type of donation, the size, location, shape and value.

 

JENIS WAKAF

1. Wakaf Mutlak (AM) – Seseorang yang mewakafkan sesuatu harta untuk maslahah umum.

2. Wakaf Muqayyad (Khas) – Wakaf yang mempunyai syarat tertentu terhadap harta wakafnya selagimana tujuannya tidak menyalahi syarak.

TYPE OF DONATION

1. Absolute donation Someone who donates a property for public usage

2. Special donation – a donation that have special rules on the donated property so long that it is not wrong by Islamic laws 

 

HIKMAH WAKAF

1. Membuka jalan ke arah ibadah kepada Allah s.w.t.

2. Merealisasikan minat orang  beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.

3. Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf tersebut berkekalan.

4. Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya.

5. Membantu mengurangkan benana orang fakir dan miskin serta anak yatim

WISDOM OF DONATION

1. Opens the path of worship to Allah s.w.t

2. Realizing the interest of pious person that likes to donate and doing good deeds and charity works in hope of Allah’s rewards.

3. Continuous Allah’s rewards to the donater after death so long as the donated property still exists.

4. For the betterments of Islam, such as building mosque, madrasah, graveyard, etc

5. Assisting in reducing the burden of the needy, poor and orphans.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT TENTANG CARA MENDERMA KEPADA WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM/MISKIN MALAYSIA (YAWATIM), BOLEHLAH MENGHUBUNGI WAKALAH YANG DILANTIK DIBAWAH:

FOR FURTHER ENQUIRIES ON WAYS TO DONATE TO THE WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM/MISKIN MALAYSIA (YAWATIM), PLEASE CONTACT THE REPRESENTATIVE BELOW:

ZAKRI ISKANDAR BIN MOHAMAD AMIN

NO WAKALAH (REPRESENTATIVE REGISTRY NO) : PY10042

NO TELEFON BIMBIT (HANDPHONE NO) : 012-6910922

NO TELEFON PEJABAT (OFFICE TELEPHONE NO) : 03-60386343

EMEL (EMAIL) : waqalahwaqafuktb@gmail.com

 

Tinggalkan komen

Filed under Ilmu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s